Monday, May 10, 2010

Pakej Simpanan Jangka Panjang

Takaful Mesra

Matlamat:

Menyediakan satu tabung simpanan bagi tujuan simpanan hari tua dan pesaraan yang cemerlang berserta perlindungan yang komprehensif

Kelebihan Mesra:

1) Selepas 3 tahun menabung peserta dibenarkan membuat pengeluaran maksima 80% dari Akaun Peserta setiap tahun.

2) Tiga manfaat asas disediakan:

a) Manfaat matang – Di mana semua wang yang dilaburkan akan dipulangkan bersama dividen mudarabah keuntungan pelaburan.

b) Khairat kematian – Jika peserta meninggal dunia pampasan khairat kematian akan dibayar kepada waris.

c) Keilatan Kekal Menyeluruh – Peserta akan menikmati pampasan penuh jika berlaku keilatan kekal menyeluruh sehingga usia 65 tahun.

3) Peserta juga boleh mengambil manfaat tambahan bagi melengkapkan keseluruhan perancangan kehidupan:

i) Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Akibat Kemalangan (MKKAK)

ii) Manfaat Ideminiti Kemalangan (MIAK)

iii) Manfaat Harian Hospital (MHH)

iv) Manfaat Penyakit Kritikal (MPK)

v) Manfaat Bertempoh (MB)

vi) Manfaat Pengecualian Sumbangan (MPS)

Manfaat dan Faedah Program Takaful Mesra:

· Keuntungan Mudarabah dikongsi 80% kepada peserta dan 20% kepada pengendali Takaful Etiqa

· Pengeluaran zakat dilaksanakan sepenuhnya setiap tahun menjadikan wang yang dilabur berkat dan apabila matang tidak perlu keluar zakat.

· Pelaburan yang halal diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diselia oleh Majlis Pengawasan Syariah.

· Pengecualian Cukai Pendapatan.

· Menderma serta menolong sesama peserta apabila berlaku apa-apa musibah kepada peserta.

· Melindungi Hayat Anda – Apabila berlaku keilatan ataupun penyakit kritikal , ia akan memberikan anda wang tunai yang mana ia Insya Allah akan menyelamat anda.

· Menjadikan Pesaraan Anda Lebih Selesa – Kebanyakkan orang mempunyai aset di kala persaraan mereka, tetapi program ini menyediakan anda sejumlah wang tunai untuk persaraan anda.

· Menjadikan Perasaan Anda Lebih Tenteram dan Tenang – Kehidupan bukanlah bermaksud berapa lama anda hidup tetapi berkualitikah kehidupan anda.Program ini akan membantu anda mencapai kehidupan berkualiti semasa dan juga masa tua anda. 8)

· Menjadikan anda rasa baik – Dengan program ini, anda mampu merancang untuk kehidupan yang lebih selesa. Anda sentiasa dalam keadaan selesa. Bagaimanakah perasaan anda.

· Menjamin keluarga anda – Peninggalan wang berjumlah RM100K kepada keluarga anda akan membolehkan isteri anda mampu menguruskan anak-anak anda dengan baik, maka masa depan anak-anak akan terjamin Insya Allah.

· Melindungi kerugian akibat kemalangan – Akibat kemalangan Takaful akan membayar MC dan pampasan kerugian di atas musibah kemalangan

· Melindungi diri akibat kemalangan cacat penuh atau meninggal akibat kemalangan.Meninggal dan cacat penuh akibat kemalangan adalah perkara yang mengejutkan seolah-olah terputusnya bekalan elektrik. Justeru seandainya berlaku perkara sebegini eTiqa akan membayar keseluruhan pampasan yakni:

· Khairat kematian dibayar bersama, pampasan kemalangan dan pampasan kemalangan cacat penuh atau meninggal kemalangan. Jumlah $$ sudah tentu membantu keluarga bagi meneruskan kehidupan.

· Mengganti Pendapatan – Sekiranya peserta di wadkan di mana-mana hospital manfaat harian hospital akan dibayar bagi menggantikan pendapatan yang hilang dan mengurangkan kerugian disebabkan peningkatan perbelanjaan.

Syarat Penyertaan:

Berusia dari 6 bulan hingga umur 60 tahun pada tarikh hari lahir akan datang.

Jangkamasa Polisi:

Dari 5 tahun hingga 79 tahun.

Lat sumbangan pelaburan:

Boleh dilakukan secara bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan

Cadangan bagi sumbangan melalui potongan akaun bank, kad kredit Maybank

dan Potongan Biro Angkasa. Bayaran tunai / cheuqe digalakan 6 bulan

sekali atau setahun sekali.

Umur matang polisi maksima:

Pada usia 80 tahun

1 comments:

ernazpro said...

ada produk lain tak yang menarik>>>>

Post a Comment

 
Copyright 2009 Etiqa takaful