Saturday, April 24, 2010

Salam kepada semua..

Pernah terfikir kenapa kenderaan di jalan raya perlukan insuran?walhal kereta adalah suatu harta benda yang punyai susut nilai…pemandu pula tiada di lindungi insuran.Ini mungkin kerana kita berfikiran kereta lebih penting dari nyawa sendiri..
Mengapa kita tidak lindungi diri kita sendiri walhal diri kita amat penting pada semua orang.kenapa kita tidak lindungi diri kita??fikirkan…adakah kita tahu bila kemalangan akan menimpa diri kita??...80% dari kita banyak cakap”ala insuran nie merepek jek..buang duit jek masuk insuran!”

Kenapa kita nak merunggut kalau kita di timpa musibah???”alamak aku dah tak ada duit,mana nak bayar kos hospital nie”..dengan RM100 sebulan boleh berikan anda keselesaan di hospital walaupun sebelum ni anda fikir medical card itu tidak penting..

Kenapa kita tak pernah fikir kalau kita pergi nanti adakah keluarga kita boleh menampung hidup ?”biar kita pergi sambil bersedekah,tak banyak tidak mengapa ..janji kita dah buat yang terbaik untuk keluarga kita…

“JANGAN PANDANG REMEH PADA SESUATU YANG ANDA RASA TIDAK PERLU,SUATU HARI NANTI PASTI ANDA TERASA MENYESAL”…”YANG ANDA RASA TIDAK PERLU NIE LA,SEBENARNYA YANG AKAN MEMBERIKAn SESUATU YANG TERBAIK”..

Apa yg ada?

Di Etiqa, kami faham setiap keperluan dan keutamaan masing-masing tidaklah sama. Sebab itulah kami sentiasa memenuhi setiap keperluan yang berbeza-beza.

Pelan Perlindungan Peribadi Etiqa memastikan anda mendapat segala perlindungan peribadi sebaiknya agar anda mempunyai sokongan kewangan yang dapat melindungi dan membantu diri anda dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan yang tidak pernah dijangka. Kami membantu anda agar anda dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada keluarga tercinta.

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;


Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.

Elaun Harian Hospital.

Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).

Pampasan 36 jenis Penyakit Kritikal.

Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).

Simpanan untuk persaraan.

Jaminan Haji dan Umrah.

Tabung Kecemasan.

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi:


Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.

Perlepasan cukai pendapatan.

Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).

Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

Amal jariah.

Muamalat Islam.

Surah al- Baqarah :180

Diwajipkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibu bapa & kaum keluarga sebagai kewajipan atas orang-orang bertaqwa”

PAKEJ PENDIDIKAN (TAKAFUL SARJANA)

Menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

Manfaat Asas:

1) Matang
2) Keilatan Kekal Menyeluruh
3) Kematian
4) Anugerah Intelek

Syarat-syarat:

1. Had umur layak : 14 hari hingga 17 tahun
2. Tempoh kontrak : 5 tahun hingga 25 tahun

3. Umur matang : 13 hingga 25 tahun
4. Sumbangan minimum : RM600 setahun /RM 50 sebulan (Pelan asas + top up rider)
5. Bayaran sumbangan: Bayaran lump sum Tahunan, Bayaran Setengah tahun, Bayaran Suku tahun dan Bayaran bulanan
6. Perlindungan minima: RM10,000.00


Jumlah perlindungan keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM250,000.00 sahaja (Pelan asas+rider tambahan)

Manfaat Pembayar:

1. Pengecualian Sumbangan Pembayar (Payor Waiver Bebefit) : 6 bulan - 55 tahun

2. Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan (Accident Death & Disability Benefit) : 6 bulan - 60 tahun

3. Indeminiti Kemalangan (Accident Indemnity Rider) : 18 - 55 tahun

4. Hospital (Hospital Benefit) : 6 bulan - 55 tahun

5. Penyakit Kritikal (Critical Illness) : 18 - 55 tahun

6. Rider Bertempoh (Term Rider) : 6 bulan - 60 tahun

7. Pendapatan Keluarga (Family Income Benefit)


Anugerah Intelek: Imbuhan tambahan
1. UPSR (5A): RM500.00
2. PMR (8A keatas): RM750.00
3. SPM (8 A keatas): RM1,000.00
4. STPM (5A keatas): RM1,000.00

Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

1) Sekiranya si pembayar (ayah atau ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.

Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa

Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.

* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.

2) Pengecualian Pembayaran Cukai

Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.

Renungan:

Surah al-Baqarah:180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."

...Tinggalkan anak & Isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta...

Pakej Istimewa utk wanita

SURI

Etiqa memahami setiap lelaki dan wanita sungguh berbeza. Wanita memilik keperluan yagn berlainan berbanding lelaki, apatah lagi wanita sendiri mempunyai keperluan mereka yang berbeza.

Oleh itu, kami telah mencipta pelan yang khusus untuk wanita. Memperkenalkan Etiqa Suri. Pelan yang menarik ini dengan tempoh pembayaran premium yang pendek dicipta khusus untuk memenuhi kehendak kaum hawa.

Dengan memberikan perlindungan dan manfaat berdasarkan keperluan anda, Etiqa Suri memastikan anda mempunyai keupayaan kewangan untuk menyokong diri anda sekiranya anda menghidapi penyakit teruk. Ia meringakan bebanan anda untuk hidup penuh bermakna.

Tahukah anda...

SERAMAI 14,274 ORANG WANITA DISAHKAN MENGIDAP KANSER PADA TAHUN 2002

SUMBER : NST, 6 Julai 2003

JIKA SEORANG IBU MENGIDAP KANSER, KEMUNGKINAN ANAK PEREMPUANNYA MENGIDAP PENYAKIT TERSEBUT MENINGKAT 10x GANDA.

SUMBER : The Star, 24 Mac 1999

KEMUNGKINAN WANITA UNTUK MENDAPAT KANSER PAYUDARA DALAM TEMPOH JANGKA HAYAT MEREKA IALAH 1 DALAM 9 ORANG

SUMBER : Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

75 KES KANSER DISAHKAN SETIAP HARI DI MALAYSIA

SUMBER : K.H Teo PhD, 10 OKTOBER 2000

Apakah lingkungan perlindungannya?

· Kematian dan Hilang Upaya Kekal Anggota Badan (TPD)

· Jumlah penuh daripada jumlah bahagian yang dijamin akan dibayar jika berlakunya kematian atau TPD semasa polisi masih aktif. Polisi akan tamat selepas berlakunya kematian atau TPD atau kematangan terma polisi, mana-mana yang berlaku dahulu.

· Penyakit yang berbahaya

· 100% jumlah bahagian yang dijamin akan dibayar dalam secara penuh apabila hayat yang dijamin didiagnosis dengan sebarang penyakit yang berbahaya, dengan syarat hayat yang dijamin kekal hidup untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 hari selepas didiagnosis. Tambahan sebanyak 50% jumlah bahagian yang dijamin akan dibayar jika penyakit yang berbahaya tersebut merupakan salah satu daripada kanser yang dihidapi kaum wanita. Kanser yang dihidapi kaum wanita adalah terhad kepada kanser utama pada organ seperti payudara, rahim, serviks, tiub fallopio, ovari dan faraj. Pengecualian:

Faedah-faedah lain yang ditawarkan:

· Faedah tunai kos hospital harian sejumlah sebanyak 1% jumlah bahagian yang dijamin (tidak melebihi RM200 setiap hari) akan dibayar (sehingga jumlah maksimum 365 hari setiap satu penyakit atau kemalangan). Perlindungan untuk faedah rawatan hospital dan TPD bakal tamat secara serta-merta selepas didiagnosis dengan sebaranga penyakit berbahaya atau kanser yang dihidapi oleh kaum wanita.

·

· Bayaran balik premium

· Pada penghujung tempoh polisi, semua premium yang telah dibayar secara tepat masa akan dibayar balik pada jumlah hayat yang dijamin sekiranya beliau masih hidup dan tidak menghidapi sebarang ketidakupayaan, dan tiada menghidapi sebarang penyakit berbahaya atau kanser yang dihidapi kaum wanita apabila tuntutan hendak dibuat.

Pelan ini boleh didapati dalam lima pilihan, bergantung kepada tempoh polisi:
10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun dan 30 tahun.

Anda mendapat perlindungan untuk (tahun)

10

15

20

25

30

Anda bayar untuk (tahun)

8

12

16

20

24

Kelayakan
Umur minimum layak adalah 18 tahun, sementara umur maksimum bergantung kepada setiap pelan, yang boleh mencapai sehingga 50 tahun.

Berapakah jumlah yang perlu saya insuranskan?
Bergantung kepada keupayaan anda, ia mungkin serendah RM10,000 dan sebanyak RM300,000.

Pelan ini boleh didapati dalam lima pilihan, bergantung kepada tempoh polisi:
10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun dan 30 tahun.

Premium Asas
Kadar premium adalah ditentukan oleh jumlah yang dijamin dan dibayar untuk empat perlima tempoh polisi

Cara untuk memohon
Kami pastikan, inilah pelan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel kepada kosinus03@hotmail.com atau hubungi Maryam 019-2613269

Takaful Mesra

Matlamat:

Menyediakan satu tabung simpanan bagi tujuan simpanan hari tua dan pesaraan yang cemerlang berserta perlindungan yang komprehensif

Kelebihan Mesra:

1) Selepas 3 tahun menabung peserta dibenarkan membuat pengeluaran maksima 80% dari Akaun Peserta setiap tahun.

2) Tiga manfaat asas disediakan:

a) Manfaat matang – Di mana semua wang yang dilaburkan akan dipulangkan bersama dividen mudarabah keuntungan pelaburan.

b) Khairat kematian – Jika peserta meninggal dunia pampasan khairat kematian akan dibayar kepada waris.

c) Keilatan Kekal Menyeluruh – Peserta akan menikmati pampasan penuh jika berlaku keilatan kekal menyeluruh sehingga usia 65 tahun.

3) Peserta juga boleh mengambil manfaat tambahan bagi melengkapkan keseluruhan perancangan kehidupan:

i) Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Akibat Kemalangan (MKKAK)

ii) Manfaat Ideminiti Kemalangan (MIAK)

iii) Manfaat Harian Hospital (MHH)

iv) Manfaat Penyakit Kritikal (MPK)

v) Manfaat Bertempoh (MB)

vi) Manfaat Pengecualian Sumbangan (MPS)

Manfaat dan Faedah Program Takaful Mesra:

· Keuntungan Mudarabah dikongsi 80% kepada peserta dan 20% kepada pengendali Takaful Etiqa

· Pengeluaran zakat dilaksanakan sepenuhnya setiap tahun menjadikan wang yang dilabur berkat dan apabila matang tidak perlu keluar zakat.

· Pelaburan yang halal diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diselia oleh Majlis Pengawasan Syariah.

· Pengecualian Cukai Pendapatan.

· Menderma serta menolong sesama peserta apabila berlaku apa-apa musibah kepada peserta.

· Melindungi Hayat Anda – Apabila berlaku keilatan ataupun penyakit kritikal , ia akan memberikan anda wang tunai yang mana ia Insya Allah akan menyelamat anda.

· Menjadikan Pesaraan Anda Lebih Selesa – Kebanyakkan orang mempunyai aset di kala persaraan mereka, tetapi program ini menyediakan anda sejumlah wang tunai untuk persaraan anda.

· Menjadikan Perasaan Anda Lebih Tenteram dan Tenang – Kehidupan bukanlah bermaksud berapa lama anda hidup tetapi berkualitikah kehidupan anda.Program ini akan membantu anda mencapai kehidupan berkualiti semasa dan juga masa tua anda. 8)

· Menjadikan anda rasa baik – Dengan program ini, anda mampu merancang untuk kehidupan yang lebih selesa. Anda sentiasa dalam keadaan selesa. Bagaimanakah perasaan anda.

· Menjamin keluarga anda – Peninggalan wang berjumlah RM100K kepada keluarga anda akan membolehkan isteri anda mampu menguruskan anak-anak anda dengan baik, maka masa depan anak-anak akan terjamin Insya Allah.

· Melindungi kerugian akibat kemalangan – Akibat kemalangan Takaful akan membayar MC dan pampasan kerugian di atas musibah kemalangan

· Melindungi diri akibat kemalangan cacat penuh atau meninggal akibat kemalangan.Meninggal dan cacat penuh akibat kemalangan adalah perkara yang mengejutkan seolah-olah terputusnya bekalan elektrik. Justeru seandainya berlaku perkara sebegini eTiqa akan membayar keseluruhan pampasan yakni:

· Khairat kematian dibayar bersama, pampasan kemalangan dan pampasan kemalangan cacat penuh atau meninggal kemalangan. Jumlah $$ sudah tentu membantu keluarga bagi meneruskan kehidupan.

· Mengganti Pendapatan – Sekiranya peserta di wadkan di mana-mana hospital manfaat harian hospital akan dibayar bagi menggantikan pendapatan yang hilang dan mengurangkan kerugian disebabkan peningkatan perbelanjaan.

Syarat Penyertaan:

Berusia dari 6 bulan hingga umur 60 tahun pada tarikh hari lahir akan datang.

Jangkamasa Polisi:

Dari 5 tahun hingga 79 tahun.

Lat sumbangan pelaburan:

Boleh dilakukan secara bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan

Cadangan bagi sumbangan melalui potongan akaun bank, kad kredit Maybank

dan Potongan Biro Angkasa. Bayaran tunai / cheuqe digalakan 6 bulan

sekali atau setahun sekali.

Umur matang polisi maksima:

Pada usia 80 tahun

Pakej Pelaburan TSP (Twin Special Plan)

Adalah produk endowmen berserta manfaat Pembayaran Tunai Terjamin setiap tiga tahun dan perlindungan kematian dan KUPK. Twins Special menyertai keuntungan Etiqa dengan Bonus Balikan dan Bonus Terminal.

Anda boleh memilih tempoh polisi yang luas: 15, 18, 21 dan 24 tahun. Jumlah Pembayaran Tunai Terjamin adalah bergantung kepada jumlah diinsuranskan dan tempoh pelan yang anda pilih. Setiap tiga tahun sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa, anda akan menerima pembayaran tunai sebanyak 12.5% dari jumlah diinsuranskan. Sekiranya anda tidak menggunakan tunai ini, wang anda akan dilaburkan terus ke ASB untuk pelaburan jangka panjang selama anda dilindungi oleh eTiqa. Ini bermakna jumlah akhir simpanan anda akan BERGANDA!!

Apabila pelan ini mencapai tempoh matang, sekiranya tiada tuntutan dibuat, anda akan menerima amaun yang bersamaan dengan jumlah diinsuranskan (setelah ditolak Pembayaran Tunai Terjamin yang telah dibuat) serta semua bonus yang dimasukkan.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Etiqa takaful