Wednesday, March 24, 2010

Takaful Mesra

Matlamat:

Menyediakan satu tabung simpanan bagi tujuan simpanan hari tua dan pesaraan yang cemerlang berserta perlindungan yang komprehensif

Kelebihan TN Mesra:

1) Selepas 3 tahun menabung peserta dibenarkan membuat pengeluaran maksima 80% dari Akaun Peserta setiap tahun.

2) Tiga manfaat asas disediakan:

a) Manfaat matang – Di mana semua wang yang dilaburkan akan dipulangkan bersama dividen mudarabah keuntungan pelaburan.

b) Khairat kematian – Jika peserta meninggal dunia pampasan khairat kematian akan dibayar kepada waris.

c) Keilatan Kekal Menyeluruh – Peserta akan menikmati pampasan penuh jika berlaku keilatan kekal menyeluruh sehingga usia 65 tahun.

3) Peserta juga boleh mengambil manfaat tambahan bagi melengkapkan keseluruhan perancangan kehidupan:

i) Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Akibat Kemalangan (MKKAK)

ii) Manfaat Ideminiti Kemalangan (MIAK)

iii) Manfaat Harian Hospital (MHH)

iv) Manfaat Penyakit Kritikal (MPK)

v) Manfaat Bertempoh (MB)

vi) Manfaat Pengecualian Sumbangan (MPS)

Manfaat dan Faedah Program Takaful Mesra:

* Keuntungan Mudarabah dikongsi 80% kepada peserta dan 20% kepada pengendali Takaful Nasional.

* Pengeluaran zakat dilaksanakan sepenuhnya setiap tahun menjadikan wang yang dilabur berkat dan apabila matang tidak perlu keluar zakat.

* Pelaburan yang halal diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diselia oleh Majlis Pengawasan Syariah.

* Pengecualian Cukai Pendapatan.

* Menderma serta menolong sesama peserta apabila berlaku apa-apa musibah kepada peserta.

* Melindungi Hayat Anda – Apabila berlaku keilatan ataupun penyakit kritikal , ia akan memberikan anda wang tunai yang mana ia Insya Allah akan menyelamat anda.

* Menjadikan Pesaraan Anda Lebih Selesa – Kebanyakkan orang mempunyai aset di kala persaraan mereka, tetapi program ini menyediakan anda sejumlah wang tunai untuk persaraan anda.

* Menjadikan Perasaan Anda Lebih Tenteram dan Tenang – Kehidupan bukanlah bermaksud berapa lama anda hidup tetapi berkualitikah kehidupan anda.Program ini akan membantu anda mencapai kehidupan berkualiti semasa dan juga masa tua anda. 8)

* Menjadikan anda rasa baik – Dengan program ini, anda mampu merancang untuk kehidupan yang lebih selesa. Anda sentiasa dalam keadaan selesa. Bagaimanakah perasaan anda.

* Menjamin keluarga anda – Peninggalan wang berjumlah RM100K kepada keluarga anda akan membolehkan isteri anda mampu menguruskan anak-anak anda dengan baik, maka masa depan anak-anak akan terjamin Insya Allah.

* Melindungi kerugian akibat kemalangan – Akibat kemalangan Takaful akan membayar MC dan pampasan kerugian di atas musibah kemalangan

* Melindungi diri akibat kemalangan cacat penuh atau meninggal akibat kemalangan.Meninggal dan cacat penuh akibat kemalangan adalah perkara yang mengejutkan seolah-olah terputusnya bekalan elektrik. Justeru seandainya berlaku perkara sebegini TN akan membayar keseluruhan pampasan yakni:

* Khairat kematian dibayar bersama, pampasan kemalangan dan pampasan kemalangan cacat penuh atau meninggal kemalangan. Jumlah $$ sudah tentu membantu keluarga bagi meneruskan kehidupan.

* Mengganti Pendapatan – Sekiranya peserta di wadkan di mana-mana hospital manfaat harian hospital akan dibayar bagi menggantikan pendapatan yang hilang dan mengurangkan kerugian disebabkan peningkatan perbelanjaan.

Syarat Penyertaan:

Berusia dari 6 bulan hingga umur 60 tahun pada tarikh hari lahir akan datang.

Jangkamasa Polisi:

Dari 5 tahun hingga 79 tahun.

Lat sumbangan pelaburan:

Boleh dilakukan secara bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan

Cadangan bagi sumbangan melalui potongan akaun bank, kad kredit Maybank

dan Potongan Biro Angkasa. Bayaran tunai / cheuqe digalakan 6 bulan

sekali atau setahun sekali.

Umur matang polisi maksima:

Pada usia 80 tahun

TAKAFUL (PENDIDIKAN) SARJANA

Menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

Manfaat Asas:

1) Matang
2) Keilatan Kekal Menyeluruh
3) Kematian
4) Anugerah Intelek

Syarat-syarat:

1. Had umur layak : 14 hari hingga 17 tahun

2. Tempoh kontrak : 5 tahun hingga 25 tahun

3. Umur matang : 13 hingga 25 tahun

4. Sumbangan minimum : RM600.00 setahun / RM 50 sebulan
(Pelan asas + top up rider)

5. Bayaran sumbangan: Bayaran lump sum Tahunan, Bayaran Setengah tahun, Bayaran Suku tahun dan Bayaran bulanan

6. Perlindungan minima: RM10,000.00


Jumlah perlindungan keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM250,000.00 sahaja (Pelan asas+rider tambahan)

Manfaat Pembayar:

1. Pengecualian Sumbangan Pembayar (Payor Waiver Bebefit) :
6 bulan - 55 tahun

2. Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan (Accident Death & Disability Benefit) : 6 bulan - 60 tahun

3. Indeminiti Kemalangan (Accident Indemnity Rider) : 18 - 55 tahun

4. Hospital (Hospital Benefit) : 6 bulan - 55 tahun

5. Penyakit Kritikal (Critical Illness) : 18 - 55 tahun

6. Rider Bertempoh (Term Rider) : 6 bulan - 60 tahun

7. Pendapatan Keluarga (Family Income Benefit)


Anugerah Intelek:
1. UPSR (5A): RM500.00
2. PMR (8A keatas): RM750.00
3. SPM (8 A keatas): RM1,000.00
4. STPM (5A keatas): RM1,000.00

Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

1) Sekiranya si pembayar (ayah atau ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.

Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.

* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.

2) Pengecualian Pembayaran Cukai

Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.


Renungan:

Surah al-Baqarah:180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."

...Tinggalkan anak & Isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Etiqa takaful